♔Kekasih hati untuk selamanya♔
Saturday 6 July 2013 | 03:08 | 0 love drops


kepergian insan yang disayangi sangat menyakitkan, namun itu lah harus diterima. Ketentuan Illahi harus kita terima. Allah lebih menyayanginya. Kasih sayang antara kami tak akan putus meskipun jarak telah memisahkan kami, malah akan menguatkan lagi kami meneruskan kehidupan kerana aku tahu abang mahu kami teruskan hidup walaupun tanpa dia disisi. kepergiannya takkan ada yang mampu menggantikannya dihatiku. Dia satu-2nya abang. Akan selalu menjadi abang yang terbaik untukku . 5tahun telah berlalu. Kerinduan semakin terasa, lebih-2 lagi ramadhan akan tiba lalu syawal menyusuri.
 

Tahun ini akan menjadi tahun yang ke-5 kami sekeluarga menyambut ramadhan dan syawal tanpa dia, dan tahun ini akan menjadi tahun yang ke-2 tanpa nenek . aku tersangat rindukan saat-2 kami menyambut perayaan bersama. Andai dapat aku putarkan masa kembali, akan aku putarkan! Kadang-2 aku cemburu bila tgk kawan-2ku mesra dengan abang-2 mereka, tapi aku ? tak. Seriously, rindu saat-2 mesra dengan abang.
 

Wan Muhammad Faris. Satu nama yang akan selalu tersemat di jiwa. Tiada penggantinya, dan takkan pernah ada penggantinya, dia satu-2nya. Dia akan selalu menjadi abang, hero, kekasih hati! Ya Allah, sampaikan salam rinduku untuknya kerna aku tahu Engkau yang paling hampir dengannya.

Hearts, fazlynn